Pada 20 February 2024 lalu, saya mendapati kereta yang sudah saya gunakan hampir 3 minggu kurang bayar oleh kerana loan saya lulus tidak seperti salesperson janjikan kepada saya. saya diugut oleh salepersons dengan cara akan mengambil kunci kereta pendua atau geran kereta sekiranya tidak dapat membayar full balance kekurangan loan tersebut. Jadi saya memerlukan tindakan yang sewajarnya dan jawapan adakah boleh salespersons mengambil geran kereta saya walaupun iya bukan salah satu pihak tetapi ketiga tiga pihak iaitu pihak bank CIMB, salespersons dan diri saya sendiri. Salespersons cuai untuk menyampaikan info yang sewajarnya dan tidak response ketika saya bertanya mengenai percent sebelum saya sign agreement. Pihak bank CIMB juga cuai kerana tidak memberitahu bahawa loan yang saya lulus kurang dari apa yang diperkatakan oleh pihak bank. saya berharap pihak perodua boleh mengambil tindakan kepada salespersons yang handle isu saya kerana mengugut dan tidak mengambil sebarang tanggungjawab yang sewajarnya untuk membantu saya mengatasi masalah ini. saya juga mendapati kereta yang saya pakai tidak hampir sebulan itu juga mempunyai masalah break berbunyi dan saya perlu mengeluarkan kos sebanyak rm300 untuk membetulkan masalah tersebut.
Desired outcome: i appreciated a response as soon as possible about this cases.
Confidential Information Hidden: This section contains confidential information visible to verified Perodua representatives only. If you are affiliated with Perodua, please claim your business to access these details.